INOVASI DALAM KAEDAH PENGUKURAN BANGUNAN : APLIKASI PHOTOMODELLER TERHADAP DOKUMENTASI BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH DI IPOH PERAK

1.0  Pengenalan.

Kejayaan Melaka diisytiharkan sebagai World Heritage City  dan George Town sebagai World Heritage Site oleh UNESCO menjadikan kedua-dua bandar ini antara pusat tumpuan utama pelancongan di Asia. Pengiktirafan ini perlu juga diperolehi oleh bandaraya Ipoh,Perak  Bangunan yang bersejarah sebagai tempat lawatan pelancong, yang boleh menjana pendapatan.  Reka bentuk lama yang mungkin  rosak, sekira tidak dipelihara, sebelum pemulihan pelan reka bentuk asli mesti ada.

 

1.1  Penyataan Masalah

Proses  untuk  menjalankan pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan perlukan satu rekod yang teratur dan lengkap. Sehingga kini tiada satu pengkalan data yang mengumpulkan maklumat bangunan-bangunan bersejarah yang melibatkan inter disiplin di sekitar bandaraya Ipoh bersesuaian dengan proses pemeliharaan dan pemuliharaan warisan. Penyelidikan ini akan tertumpu kepada konteks bandaraya Ipoh dan membantu usaha-usaha pemuliharaan warisan bandaraya ini. Penyelidikan ini diharapkan mampu menjawab persoalan-persoalan:

  1. Bagaimana untuk mendokumenkan bangunan-bangunan bersejarah yang berpotensi untuk menjadi bangunan warisan bandaraya Ipoh.
  2. Mengenalpasti cara untuk melibatkan disiplin lain selain daripada senibina bagi proses mendokumenkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut.

Ipoh sebuah bandaraya yang bermula sebagai pusat perlombongan bijih timah telah menjadikan bandaraya ini sebuah bandaraya yang kurang popular dari segi warisan senibina pada masa kini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai World’s Heritage Site. Mohd Bakri (2007) dalam bukunya 25000km Menjejaki Warisan Kita pula mencatatkan sebanyak 23 monumen bersejarah di Ipoh berbanding 20 monumen di Taiping. Dari segi penjumlahan ini, jelaslah Bandaraya Ipoh mempunyai banyak monumen warisan yang boleh dieksploitasi untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonominya jika disertai dengan perancangan yang tepat dan berkesan.

Lilawati Ab Wahab et, al (2007) telah menyatakan dalam penyelidikannya. Dokumentasi dan sistem merekod bagi bandar warisan di Malaysia tidak sesuai dan tidak lengkap.Ini menyukarkan langkah mengenalpasti kaedah pemuliharaan yang perlu dijalankan dan menentukan dana peruntukan untuk kerja pemuliharaan.

Sebelum memulakan kerja-kerja pemuliharaan, penyelidikan tentang latar belakang sejarah bangunan perlu dilakukan terlebih dahulu. Rekod- rekod bangunan perlu dikumpul dan keadaan bangunan semasa jumpaan perlu didokumentasikan. Sebarang bukti sejarah yang ditemui juga tidak boleh dimusnah, diganti atau dialih. Selain daripada itu, kerja-kerja awalan pemuliharaan iaitu penyelidikan dan penyiasatan ke atas bahan binaan dan struktur bangunan sebaik-baiknya disokong atau melibatkan kepakaran dari disiplin ilmu yang berkaitan seperti arkeologi, biologi, kimia, sejarah, senibina dan kejuruteraan.(Siti Norlizaiha Harun, 2010)

 

1.2  Objektif

 

1.2.1        Mengenalpasti kaedah yang tepat dan efektif dalam merekodkan lukisan bangunan-bangunan bersejarah melalui kaedah Fotogrametri, menggunakan perisian PhotoModeller;

1.2.2        Mewujudkan pendekatan multi displin dalam bidang warisan, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan;

1.2.3        Mendokumentasikan bangunan-bangunan bersejarah di bandaraya Ipoh

 

1.3   Skop Kajian

Menjalankan penyelidikan menggunakan aplikasi perisian photomodeler terhadap pengukuran bangunan warisan di Ipoh Perak. Bangunan-bangunan yang telah diukur menggunakan aplikasi photomodeler adalah bangunan FMS, Persekutuan Ipoh Perak (SUK) , Muzium Perak, Sekolah St.Michael dan Sekolah Menengah Anderson. Manakala bagi pengukuran secara manual, ukur dan lakar, bangunan yang telah diukur adalah bangunan Persekutuan Ipoh Perak (SUK), Reverend’s Resident St John & Sekolah Menengah Anderson.

 

1.4  Kepentingan Kajian

Mengenalpasti kaedah efektif dalam merekod lukisan menggunakan kaedah fotogrametri, perisian Photomodeler dan melihat keberkesanannya berbanding pengukuran secara ukur dan lakar. Seterusnya melihat aplikasi photomodeler sebagai satu teknik penambaikan kepada teknik sedia ada.

Program seni bina di Politeknik Ungku Omar menjalankan satu kursus Lukisan Terukur yang merekodkan bangunan-bangunan bersejarah di sekitar bandaraya Ipoh. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan warisan. proses mendokumenkan bangunan-bangunan ini akan melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah seni bina dan pensyarah ukur tanah. Pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di Malaysia dapat dijalankan dengan segera dengan kerja-kerja dokumentasi dapat disiapkan dengan pantas.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi terkini iaitu PhotoModeller dilihat sebagai satu alternatif bagi memenuhi tuntutan di atas.

3.0  Kaedah kajian dan perlaksanaan

 

Kaedah penyelidikan ini telah menggabungkan 2 kaedah penyelidikan iaitu gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dimana ia dirasakan akan dapat memberikan hasil yang lebih baik. Kaedah ini terdiri daripada beberapa peringkat iaitu bermula dengan kerja teori, melakukan temubual dan soalselidik, menjalankan kajian kes, menjalankan kerja penyelidikan, mengumpul data utama dan sekunder dan seterusnya menganalisa kesemua data yang telah dikumpulkan untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang telah dibuat.

›  Kaedah penyelidikan ini telah peringkat iaitu bermula melakukan temubual bahagian warisan dewan bandaraya.

›  Menjalankan merakam foto-foto bangunan warisan , mengumpul data dan seterusnya menganalisa kesemua data yang telah dikumpulkan untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang telah dibuat.

 

4.0  Pengumpulan data dan analisis

Kerja penyelidikan telah dilaksanankan dengan menggunakan seperti Perisian Photo Modeler Scanner dan serta Camera DSLR.

4.1  Kaedah pengukuran menggunakan aplikasi photomodeler

 4.1.1        Kalibrasi kamera

Sebelum aktiviti penggambaran dilaksanakan, kamera perlu dikalibrasi agar setiap gambar yang ditangkap boleh digunakan dan didigit didalam aplikasi photomodeler. Kekangan yang wujud adalah, jika setting semasa kalibrasi dan sesi penggambaran tidak sama pada kamera akan menyulitkan proses digitize didalam perisian photomodeler. Impaknya, proses kalibrasi perlu dilaksanakan semula dan proses mengambil gambar perlu dilaksanakan sekali lagi.

Calibration target – sebelum mengambil gambar

4.1.2        Mengambil foto stereo kepada bangunan

 

Sesi fotografi bangunan.


 

4.1.3        Menganalisa foto menggunakan Photomodeler Scanner 2012.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.1.4        Turutan proses kerja dokumentasi bangunan warisan menggunakan aplikasi photomodeler


 

 

 

 

 

 

 

 

4.1.5        Turutan proses kerja dokumentasi bangunan warisan secara ukur dan lakar.

 

4.1.6        Penambahbaikan turutan proses kerja dokumentasi bangunan warisan secara ukur dan lakar dan menggunakan aplikasi photomodeler.

 

 

 

4.1.7        Perbezaan kaedah antara Konvensional dan Photomodeler

 

Photomodeler

›  Kepakaran menggunakan perisian photomodeler

›  Mengukur dan menghasilkan lukisan bangunan dari gambar.

›  Mampu mempercepatkan masa mengambil ukuran.

›  Masa agak panjang semasa melakar kembali lakaran dari photomodeler ke AutoCAD

 

Manual / Konvensional

›  Kepakaran menggunakan perisian AutoCAD sahaja

›  Mengukur dan menghasilkan lakaran dengan mengukur & lakar terus di bangunan

›  Masa agak panjang semasa mengukur di bangunan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s